Saturday, 8 October 2016

komunikasi dan penyiaran dalam islam


                            DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
 FITNAH ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN  AGAMA



USTAZ MARZUKI SEPIAAIL
(JABATAN PENGAJIAN AM)
NAMA
NO.MATRIK
MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHD RAZALI
15DRM14F1034
MOHD IZZULFIKRI BIN ABDUL HAKIM
15DRM14F1042
NOR SYUHADA BINTI MASRI
15DRM14F1052
MUHAMMAD NASHRI BIN SAHROM
15DRM14F1058
  DIPLOMA RETAIL MANAGEMENT
DRM 5B
SESI JUN 2016

senarai kandungan

SENARAI KANDUNGAN

BIL
TAJUK
MUKA SURAT
       1
OBJEKTIF
1
       2
PENGENALAN

2-3
       3
ULASAN ISI :
     PANDANGAN AGAMA ISLAM
     PANDANGAN AGAMA HINDU
     PANDANGAN AGAMA BUDDHA
     PANDANGAN AGAMA KRISTIAN

4-8
       4
PUNCA BERLAKUNYA FITNAH
9-10
       5
ISU SEMASA FITNAH
11-12
       6
CARA MENGATASI FITNAH
13-14
      7
KESIMPULAN
15
       8
RUJUKAN
16-17
       9
LAMPIRAN
18-20

objektif

                          OBJEKTIF
1                        Mengenal pasti perbezaan pandangan dari pelbagai agama terhadap fitnah.
2                        Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat
3                        Memperolehi pengajaran yang bermanfaat untuk masyarakat
4                        Mengetahui pendapat para ulama tentang Fitnah



pengenalan tentang fitnah

PENGENALAN
Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain. Ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.” [https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah : 28/8/2016]
 “Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk keatas agama, keluarga dan masyarakat. Fitnah boleh membawa kepada kehancuran sesebuah masyarakat. Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh meruntuhkan institusi masyarakat. Sikap Ini adalah sikap yang tidak baik di dalam hubungan kemasyarakatan, ia perlu diatasi supaya masalah ini tidak berleluasa secara drastic. Tambahan pula dalam dunia sains dan teknologi seperti Whatapps, Facebook, Twitter, Telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam teknologi dan komunikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penyebaran fitnah dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat. ( Marzuki Sepial, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad : 119)
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191)"Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam, ayat 29).
            Kesan daripada fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat.
[http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=740:kesan-fitnah-lebih-bahaya-daripada-pembunuhan&catid=14:artikel-pilihan&Itemid=37: 7/10/2016]
            Pertama, kesan fitnah kepada individu. Fitnah antara individu boleh menyebabkan pertelagahan , manjatuhkan maruah individu, rompakan, samun, berbunuhan antara individu yang bertelagah. Kedua, kesan fitnah antara masyarakat. Kesannya, masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.
[https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah: 7/10/2016]
Ketiga, kesan fitnah kepada  keluarga. Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
            ”Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petujuk  dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagian dan keselamatan dan keturunan kita dikemudian hari”.[ dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html : 28/8/2016]


pandangan agama islam tentang fitnah

         PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH
“Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah"   (surah Al-Baqarah: ayat 193)  bermaksud :iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:  " dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacaun, nescaya mereka mengerjakan ; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Ahzab: ayat 14). Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya. Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan didalam hidup mereka .Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa ujian yang mendatang kerana ujian yang ALLAH turunkan kepada umatnya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.  Kesan fitnah dalam diri masayarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah. Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petunjuk  dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia

                                             


pandangan agama

           PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH
“Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (penghianatan) . Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata “Kr” yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud  perbuatan atau tingkah laku. Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.”. Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil daripada  buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.” [dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html : 28/8/2016 ]


pandangan agama buddha terhadap fitnah

PANDANGAN AGAMA BUDDHA
“Semua orang pernah mengalami di kritik, hinaan, celaan bahkan fitnah. Bagaimana anda bersikap terhadap kritik, hinaan dan fitnah tersebut? Apakah spontan membalasnya? Atau sekedar membela diri dengan menjawab atau hanya berdiam diri?. Dalam Dhammapada Bab 1 ayat 3 tertulis: “Dia mencelaku, Dia memukulku, dia mengalahkanku, dia merampas milikku. Pada mereka yang menanggung rasa benci terhadap hal tersebut, kebenciannya tidak akan menjadi reda. Bhante Thitaviriyo dalam ceramah Dhamma di Vihara Pluit Dharma Sukha memberikan nasihat untuk kita bagaimana bersikap terhadap kritik, hinaan dan fitnah. banyak cara yang dibabarkan oleh Bhante Thitaviriyo untuk  menghadapi kondisi duniawi tersebut. Sikap seseorang dalam menghadapi hinaan, kritikan serta fitnah sangat tergantung dari tingkat kematangan emosi orang tersebut. Ada yang hanya lewat pemikiran logika saja orang tersebut sudah dapat mengatasi rasa kesal, dongkol. marah yang mungkin ditimbulkan oleh hinaan serta fitnah tersebut. Bagi orang lain rasa marah dan benci karena menerima hinaan maupun fitnah dapat dibawa sampai mati, terbawa terus sampai kelahiran nya kembali. Bhante Thitaviriyo menasihati agar kita tidak memendam rasa marah berlarut-larut seperti itu. Bagaimana caranya? Kemarahan yang timbul saat menerima hinaan, kritikan, celaan serta fitnah muncul karena kita semua belum mengatasi pemikiran yang salah tentang konsep “Aku/Ego” Kita lalu berpikir dia menghina’Ku’, dia mengkritik’ku’, dia menfitnah’ku’. Aku benci, aku kesal, aku marah. Namun sesungguhnya walaupun kita belum terlepas dari pemikiran salah akan konsep ‘Aku/Ego’ tersebut, namun jika kita mampu melatih kesadaran kita, maka saat menerima hinaan, kritikan serta fitnah tersebut langsung muncul kesadaran bahwa ini terjadi bukan tanpa sebab. Ada sebab yang mendahului nya namun mungkin kita sudah lupa bahkan tidak tahu karena mungkin saja terjadi pada saat kehidupan yang lampau. Bagi sebagian orang saat menyadari bahwa hinaan serta fitnah tersebut ada sebabnya, biasanya tidak akan timbul kemarahan ataupun kebencian. Umumnya kemarahan dan kebencian yang timbul akibat hinaan, fitnah serta celaan berasal dari pikiran bahwa kita tidak pantas menerima hinaan, kritikan serta fitnah tersebut. namun saat kita sadar bahwa kita pantas menerima kritik, Hinaaan serta fitnah karena ulah kita yang lampau umumnya kemarahan yang timbul akan sangat rendah intensitasnya. Kita akan bisa menerima kritikan, fitnah dan hinaan itu sebagai sesuatu yang wajar menimpa kita. Itulah hukum Karma. Banyak cara yang diberikan oleh Bhante Thitaviriyo untuk kita bagaimana seharusnya bersikap terhadap kritik dan fitnah tersebut. bhante juga mengajarkan kita bagaimana memberikan kritik kepada anak kita, teman kita serta orang lain agar mereka tidak marah”. [http://blog-fitnah.blogspot.my/2016/08/komunikasi-dan-penyiaran-islam.html : 28/8/2016]