Saturday, 8 October 2016

ulasan isi -pandangan agama kristian terhadap fitnah

1)      PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH
“Fitnah lebih kejam dari pembunuhan.Itu adalah suatu istilah yang hampir diketahui semua orang, baik tua atau muda, bahkan siapa saja.Bukan cuma itu.Fitnah memang lebih tajam dari sebilah pedang! Luka yang ditimbulkan oleh tajamnya pedang mungkin masih boleh diubati, tetapi luka yang ditimbulkan oleh tajamnya kata-kata fitnah susah sekali dicari penawarnya. Itulah mengapa orang sering mengatakan bahwa: “fitnah lebih kejam dari pembunuhan”. Dalam teks asli Yunani dalam Alkitab,“fitnah” menggunakan kata “katalalew” biasa merujuk pada segala macam perkataan negatif untuk menentang orang lain, misalnya “menentang pemimpin atau Allah” (Bil.12:8; 21:5, 7), “mengumpat” (Mzm 101:5), “menghina” (Ay 19:3), “mengatakan sebuah dusta” (Hos 7:13), “mengatakan sesuatu yang bisa dianggap kurang ajar” (Mal 3:13) atau “memfitnah/ menuduh” (1Pet 2:12; 3:16).” [http://syurgabukanpercuma.blogspot.my : 3/9/2016]
“Fitnah merupakan penyakit hati disebabkan oleh hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya pada diri sendiri, iri hati dengan orang lain dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Fitnah, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, baik dari kalangan atasan mahupun bawahan atau orang yang terhormat atau orang biasa. Dalam konteks realiti kehidupan, kita dapat melihat konflik yang timbul antara peribadi dengan peribadi, antara keluarga dengan keluarga, antara kumpulan dengan kumpulan, antara suku dengan suku, bahkan di dalam satu kelompok agama sekalipun. Dalam teks asli yunani dalam kitab “fitnah” menggunakan kata “katalew” merujuk kepada semua jenis perkataan negatif untuk menentang orang lain, sebagai contoh “ menentang pemimpin atau Allah” ( Bil.12:8; 21:5, 7), “ mengumput ( Mzm 101:5), “menghina” ( Ay 19:3), “ berkata dusta” ( Hos 7:13), “ bercakap dengan nada yang kurang ajar” ( Mal 3:13) atau “ menfitnah atau menuduh” (1Pet 2:12; 3:16). Rasul iaitu Yaakub berkata: “Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsu yang menguasai dirimu?” (Yak 4:1). Rasul Paulus dalam surat Galatia mentafsirkan ia sebagai “perbuatan daging” atau perselisihan, iri hati, pentingkan diri sendiri, (bdk.Galatia 5:20). Ini semua adalah penyakit manusia sejak zaman Adam. Dalam ayat 11b tindakan itu dianggap sebagai “merosakkan hukum dan menghakiminya? Yang dimaksudkan dengan fitnah disini adalah mencela orang (baik di hadapan mahupun dibelakang orang itu). Nabi Yaakub berkata: “sekiranya kita mencela seseorang kerana hidupnya tidak sesuai mengikut pandangan atau prinsip seperti yang dinyatakan di dalam kitab suci, itu adalah menfitnah”. Jesus pun sangat mencela tindakan menghakimi. Bila kita baca dalam kitab Injil Mat 7:1-5 dengan teliti (terutama ayat 5), jesus memperingatkan kita bahawa menghakimi orang lain adalah dosa di mata Tuhan dan kita tidak boleh menghakimi orang lain sesuka hati. Tindakan yang kita lakukan sewaktu menghakimi orang lain akan digunakan oleh Tuhan untuk menghukum kita. Hal ini disampaikan oleh Yaakub kepada kita. Perhatian kepada pada ayat 5: Jesus menyuruh kita menyingkirkan dulu kayu yang ada di mata kita sebelum membantu orang lain menyingkirkan selumbar di matanya. Jesus memperingati kita, bahawa ketika kita mengecam orang lain dan sekaligus menghakimi dia, padahal di mata kita sendiri terselit sebatang kayu, mustahil untuk kita menolong orang tersebut. Jika kita telah menyingkirkan kayu dari mata kita, barulah kita boleh menyingkirkan selumbar dari mata orang lain. Jesus tidak mengajar kita untuk bersikap tidal peduli pada masalah orang lain kerana hal ini bukanlah semangat “ mengasihani sesame manusia seperti diri sendiri” oleh itu kita perlu berusaha memahami kehendak Tuhan agar kita tahu bagaimana untuk menerapkan nilai – nilai yang telah kita pelajari sesuai dengan kehendak – Nya.” [http://dakwahjunior96.blogspot.my/2016_08_01_archive.html : 28/8/2016]


                                         romawi, sebelum mereka memeluk agama kristian

No comments:

Post a Comment