Saturday, 8 October 2016

isu semasa fitnah dan fitnah terdahulu

ISU SEMASA (FITNAH)
Isu fitnah yang pertama ialah, wakil rakyat DAP mohon maaf terhadap Presiden Perkasa. Wakil Rakyat DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz  hari ini memohon maaf kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi blognya pada September 2015.
Fitnah yang dibuat beliau terhadap Datuk Ibrahim itu berkaitan projek pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan ( LRT) yang dimiliki syarikat George Kent menerusi blognya Sakmongkol AK47 pada 27 September 2015.Permohonan maaf itu dibacakan di hadapan Hakim See Mee Chun di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari itu
[http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fitnah-wakil-rakyat-dap-mohon-maaf-terhadap-presiden-perkasa-111448: 5/10/2016]

Seterusnya, Fitnah kedua, kata Fathul Bari apabila menularnya fahaman liberalisme dan pluralisme ke negara ini hasil daripada gerakan pihak Barat.Hakikatnya beliau berkata, kejayaan mereka membawa masuk fahaman songsang itu ke negara ini adalah hasil daripada agenda terancang pihak-pihak tertentu."Ini juga adalah antara fitnah terbesar yang berlaku di Malaysia. Fitnah ini juga melibatkan soal akidah umat Islam. Mereka menggunakan hak kebebasan untuk mempengaruhi umat Islam sedangkan jelas fahaman ini bertentangan dengan Islam."Akibat daripada penularan fahaman liberalisme dan pluralisme lahir pula lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang juga merupakan satu fitnah yang wajib dihindari oleh umat Islam. Yang pasti agenda mereka cukup tersusun,'' katanya. Dengan kata lebih mudah, beliau berkata dari segi uruf, penggunaan kalimah Allah di Malaysia hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan bukannya untuk penganut-penganut agama lain. Di samping itu, wujudnya kelompok orang Islam yang sanggup menggadaikan prinsip agama demi kepentingan politik. Beliau berkata, keadaan itu merupakan satu musibah dan fitnah yang wajib ditentang kerana agama tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya kepentingan politik merupakan segala-galanya.''Sepatutnya isu kalimah Allah yang sengaja dicetuskan baru-baru ini mampu menyatukan semua umat Islam di Malaysia sekali gus bersama-sama mempertahankan kalimah tauhid yang suci ini,'' katanya.Bagaimanapun beliau berkata, impian itu tidak menjadi kenyataan atas sebab desakan politik.Beliau berkata, semua pihak harus menjadikan Perjanjian Granada antara kerajaan Islam dan kerajaan Kristian yang dimeterai pada tahun 1491 dijadikan pengajaran.Dua bulan selepas termeterainya perjanjian itu pemerintah Islam, Abu 'Abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.''Ketika dimeterai perjanjian itu orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi masjid. Kesimpulannya, tiga fitnah besar yang melanda umat Islam di negara ini mampu diatasi sekiranya semua umat Islam di negara ini bersatu dengan diikat atas nama akidah Islam.Itu juga kata Fathul Baru menjadi tuntutan Allah dan Rasul-Nya seperti mana banyak disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis.[http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130110/re_05/Tiga-fitnah-besar-melanda-Malaysi:5/10/2016]

No comments:

Post a Comment