PUNCA
BERLAKUNYA FITNAH
Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak,iri
hati dan memetingkan diri.Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih
mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. [https://hakakblogger.blogspot.my/2016/09/punca-kesan-fitnah.html
: 7/10/2016]
Selain itu, terlalu melampau dan
cuai juga menjadi punca berlakunya fitnah. Kita hendaklah sedar bahawa terlalu melampau dalam
kenyataan dan tindakan (ghuluw) dalam agama antara punca terbesar yang membawa
kepada fitnah. Seorang ulama berkata: “Hawa yang menguasai dalam agama lebih
buruk daripada nafsu yang menguasai dalam syahwat.” (Kitab Amar Ma‘rufi 27). “Jauhi dan berjaga-jagalah Rasulullah s.a.w.
bersabda, mafhumnya: “Jauhi dan berjaga-jagalah kamu daripada melampaui dalam
agama, sesunggugnya ia telah memusnahkan mereka yang sebelum kamu kerana
perbuatan mereka yang ghuluw dalam urusan agama. Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) Ibn Taimiyah berkata lagi:” Kufur, fasiq dan
maksiat punca perpecahan dan permusuhan. Jika seorang lelaki atau sekumpulan
manusia telah berbuat dosa, manakala sekumpulan yang lain hanya diam dan tidak
mencegah kemungkaran itu, mereka akan turut berdosa. Jika ada sekumpulan lain
yang mencegah benda yang dilarang, tetapi dengan cara yang diarang, ia termasuk
dalam dosa mereka juga, maka terjadilah perpecahan, ikhtilaf,fitnah dan
keburukan. Inilah sebesar-besar finah dan keburukan sama ada sejak dahulu atau sekarang.”
(Al-Hisbah fi Al-Islam, hlm. 88). Daripada
penjelasan lalu, kita dapati terdapat golongan manusia yang; berada dalam
kemungkaran, hanya diam dan membiarkan mereka ini berada dalam kemungkaran, dan
mengingkari tetapi mereka mencegah dan mengingkarinya secara keterlaluan, maka
mereka akan melampaui batas dan akan berlakulah fitnah.
Seterusnya,
jika bukan kerana Allah dan Rasul. Sekiranya agama itu bukan dikhaskan hanya
untuk Allah keseluruhannya, maka akan berlakulah fitnah. Asas agama adalah
mencintai, membenci, memberi ketaatan dan bermusuhan kerana Allah. Ibadat juga
hanya bagi Allah, memohon perlindungan, takut, berharap, taat, menegah dan
menjauhi kerana Allah. Dan ini semua dilaksanakan dengan mengikut contoh
Rasulullah s.a.w. yang menyuruh melakukan sesuatu, menegahnya, taat dan
bermusuh kerana Allah. Pengikut hawa nafsu yang telah dibutakan dan ditulikan
oleh nafsunya tidak akan ada matlamat untuk Allah dan Rasulnya dan dia tidak
akan mencarinya lagi. Dia tidak akan meredai sesuatu kerana Allah dan Rasulnya.
Dia juga tidak akan membenci kerana Allah dan Rasulnya. Bahkan dia akan puas
apabila dapat mencapai apa yang dituntut oleh hawa nafsunya, dan akan marah
apabila mendapat apa yang dibenci oleh hawa nafsunya.
[ http://duniamaklumat.com/punca-fitnah-dalam-agama/
: 7/10/2010]
No comments:
Post a Comment