PANDANGAN
AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH
“Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah
ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak
ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk
Allah" (surah Al-Baqarah: ayat 193) bermaksud :iaitu
perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain
Allah berfirman: " dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala
penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacaun, nescaya mereka mengerjakan ;
dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Ahzab: ayat 14). Di
dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat
6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih
dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali
dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya. Namun
istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami
sesuatu bala atau dugaan didalam hidup mereka .Kebanyakan mereka terpedaya
dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila
fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan
serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu kita mestilah bersabar
dalam menghadapi apa ujian yang mendatang kerana ujian yang ALLAH turunkan
kepada umatnya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan
seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam
hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan
iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang
dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan
sebaiknya. Kesan fitnah dalam diri
masayarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu
akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang
difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah
negara, akibat daripada fitnah. Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan
kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon
keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum
terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petunjuk dari
Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia
No comments:
Post a Comment