PENGENALAN
“Fitnah merupakan
satu bentuk komunikasi kepada
satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas
sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain. Ia berdasarkan atas fakta
palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau
menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.”
[https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah : 28/8/2016]
“Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang
membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam.
Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk keatas agama, keluarga
dan masyarakat. Fitnah boleh membawa
kepada kehancuran sesebuah masyarakat.
Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh meruntuhkan institusi masyarakat.
Sikap Ini adalah sikap yang tidak baik di dalam hubungan kemasyarakatan, ia
perlu diatasi supaya masalah ini tidak berleluasa secara drastic. Tambahan
pula dalam dunia sains dan teknologi seperti Whatapps, Facebook, Twitter,
Telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam
teknologi dan komunikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan
cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penyebaran fitnah
dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak
menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat. ( Marzuki
Sepial, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad : 119)
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah
(tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Fitnah
itu lebih bahaya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat
191)"Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang
banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam, ayat 29).
Kesan
daripada fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya
membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh
menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan,
kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa
panjang yang sukar disekat.
[http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=740:kesan-fitnah-lebih-bahaya-daripada-pembunuhan&catid=14:artikel-pilihan&Itemid=37:
7/10/2016]
Pertama,
kesan fitnah kepada individu. Fitnah antara individu boleh menyebabkan
pertelagahan , manjatuhkan maruah individu, rompakan, samun, berbunuhan antara
individu yang bertelagah. Kedua, kesan fitnah antara masyarakat. Kesannya, masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama
dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling
memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya
jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan
penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.
[https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah:
7/10/2016]
Ketiga, kesan fitnah kepada keluarga.
Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap
fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan
kerenggangan hubungan kekeluargaan.
Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan
menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara
keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku
kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan
lain-lain.
”Sebagai
manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh
itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala
dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan
perubahan dan memohonlah petujuk dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka
mencari kesalahan orang lain, kerana manusia mempunyai kekurangan tersendiri,
semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan
ambillah yang jernih, untuk kebahagian dan keselamatan dan keturunan kita
dikemudian hari”.[
dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html :
28/8/2016]
No comments:
Post a Comment