PANDANGAN
AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH
“Maksud hukum dalam
agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi
oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik
itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (penghianatan) . Karma berasal
dari bahasa Sanskrit dari urat kata “Kr” yang bermaksud membuat atau berbuat,
maka dapat diertikan karmapala bermaksud perbuatan atau
tingkah laku. Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat
disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam
suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam
Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum
karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya
akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17
disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau
tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya
tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.”. Dalam
Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang
terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada
dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”.
Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu
tuai”, Hukum Karma diambil daripada buah pemikiran, bercakap
perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi
derita.”
[dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html :
28/8/2016 ]
No comments:
Post a Comment