Saturday, 8 October 2016

komunikasi dan penyiaran dalam islam


                            DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
 FITNAH ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN  AGAMA



USTAZ MARZUKI SEPIAAIL
(JABATAN PENGAJIAN AM)
NAMA
NO.MATRIK
MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHD RAZALI
15DRM14F1034
MOHD IZZULFIKRI BIN ABDUL HAKIM
15DRM14F1042
NOR SYUHADA BINTI MASRI
15DRM14F1052
MUHAMMAD NASHRI BIN SAHROM
15DRM14F1058
  DIPLOMA RETAIL MANAGEMENT
DRM 5B
SESI JUN 2016

senarai kandungan

SENARAI KANDUNGAN

BIL
TAJUK
MUKA SURAT
       1
OBJEKTIF
1
       2
PENGENALAN

2-3
       3
ULASAN ISI :
     PANDANGAN AGAMA ISLAM
     PANDANGAN AGAMA HINDU
     PANDANGAN AGAMA BUDDHA
     PANDANGAN AGAMA KRISTIAN

4-8
       4
PUNCA BERLAKUNYA FITNAH
9-10
       5
ISU SEMASA FITNAH
11-12
       6
CARA MENGATASI FITNAH
13-14
      7
KESIMPULAN
15
       8
RUJUKAN
16-17
       9
LAMPIRAN
18-20

objektif

                          OBJEKTIF
1                        Mengenal pasti perbezaan pandangan dari pelbagai agama terhadap fitnah.
2                        Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat
3                        Memperolehi pengajaran yang bermanfaat untuk masyarakat
4                        Mengetahui pendapat para ulama tentang Fitnah



pengenalan tentang fitnah

PENGENALAN
Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain. Ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.” [https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah : 28/8/2016]
 “Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk keatas agama, keluarga dan masyarakat. Fitnah boleh membawa kepada kehancuran sesebuah masyarakat. Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh meruntuhkan institusi masyarakat. Sikap Ini adalah sikap yang tidak baik di dalam hubungan kemasyarakatan, ia perlu diatasi supaya masalah ini tidak berleluasa secara drastic. Tambahan pula dalam dunia sains dan teknologi seperti Whatapps, Facebook, Twitter, Telegram dan lain-lain. Dalam arus pemodenan dan diiringi dengan kemajuan dalam teknologi dan komunikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan cepat dan mudah. Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penyebaran fitnah dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat. ( Marzuki Sepial, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad : 119)
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191)"Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam, ayat 29).
            Kesan daripada fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat.
[http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=740:kesan-fitnah-lebih-bahaya-daripada-pembunuhan&catid=14:artikel-pilihan&Itemid=37: 7/10/2016]
            Pertama, kesan fitnah kepada individu. Fitnah antara individu boleh menyebabkan pertelagahan , manjatuhkan maruah individu, rompakan, samun, berbunuhan antara individu yang bertelagah. Kedua, kesan fitnah antara masyarakat. Kesannya, masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.
[https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah: 7/10/2016]
Ketiga, kesan fitnah kepada  keluarga. Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
            ”Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petujuk  dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagian dan keselamatan dan keturunan kita dikemudian hari”.[ dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html : 28/8/2016]


pandangan agama islam tentang fitnah

         PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH
“Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah"   (surah Al-Baqarah: ayat 193)  bermaksud :iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:  " dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacaun, nescaya mereka mengerjakan ; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Ahzab: ayat 14). Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya. Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan didalam hidup mereka .Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa ujian yang mendatang kerana ujian yang ALLAH turunkan kepada umatnya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.  Kesan fitnah dalam diri masayarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah. Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petunjuk  dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia

                                             


pandangan agama

           PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH
“Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (penghianatan) . Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata “Kr” yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud  perbuatan atau tingkah laku. Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.”. Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil daripada  buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.” [dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html : 28/8/2016 ]


pandangan agama buddha terhadap fitnah

PANDANGAN AGAMA BUDDHA
“Semua orang pernah mengalami di kritik, hinaan, celaan bahkan fitnah. Bagaimana anda bersikap terhadap kritik, hinaan dan fitnah tersebut? Apakah spontan membalasnya? Atau sekedar membela diri dengan menjawab atau hanya berdiam diri?. Dalam Dhammapada Bab 1 ayat 3 tertulis: “Dia mencelaku, Dia memukulku, dia mengalahkanku, dia merampas milikku. Pada mereka yang menanggung rasa benci terhadap hal tersebut, kebenciannya tidak akan menjadi reda. Bhante Thitaviriyo dalam ceramah Dhamma di Vihara Pluit Dharma Sukha memberikan nasihat untuk kita bagaimana bersikap terhadap kritik, hinaan dan fitnah. banyak cara yang dibabarkan oleh Bhante Thitaviriyo untuk  menghadapi kondisi duniawi tersebut. Sikap seseorang dalam menghadapi hinaan, kritikan serta fitnah sangat tergantung dari tingkat kematangan emosi orang tersebut. Ada yang hanya lewat pemikiran logika saja orang tersebut sudah dapat mengatasi rasa kesal, dongkol. marah yang mungkin ditimbulkan oleh hinaan serta fitnah tersebut. Bagi orang lain rasa marah dan benci karena menerima hinaan maupun fitnah dapat dibawa sampai mati, terbawa terus sampai kelahiran nya kembali. Bhante Thitaviriyo menasihati agar kita tidak memendam rasa marah berlarut-larut seperti itu. Bagaimana caranya? Kemarahan yang timbul saat menerima hinaan, kritikan, celaan serta fitnah muncul karena kita semua belum mengatasi pemikiran yang salah tentang konsep “Aku/Ego” Kita lalu berpikir dia menghina’Ku’, dia mengkritik’ku’, dia menfitnah’ku’. Aku benci, aku kesal, aku marah. Namun sesungguhnya walaupun kita belum terlepas dari pemikiran salah akan konsep ‘Aku/Ego’ tersebut, namun jika kita mampu melatih kesadaran kita, maka saat menerima hinaan, kritikan serta fitnah tersebut langsung muncul kesadaran bahwa ini terjadi bukan tanpa sebab. Ada sebab yang mendahului nya namun mungkin kita sudah lupa bahkan tidak tahu karena mungkin saja terjadi pada saat kehidupan yang lampau. Bagi sebagian orang saat menyadari bahwa hinaan serta fitnah tersebut ada sebabnya, biasanya tidak akan timbul kemarahan ataupun kebencian. Umumnya kemarahan dan kebencian yang timbul akibat hinaan, fitnah serta celaan berasal dari pikiran bahwa kita tidak pantas menerima hinaan, kritikan serta fitnah tersebut. namun saat kita sadar bahwa kita pantas menerima kritik, Hinaaan serta fitnah karena ulah kita yang lampau umumnya kemarahan yang timbul akan sangat rendah intensitasnya. Kita akan bisa menerima kritikan, fitnah dan hinaan itu sebagai sesuatu yang wajar menimpa kita. Itulah hukum Karma. Banyak cara yang diberikan oleh Bhante Thitaviriyo untuk kita bagaimana seharusnya bersikap terhadap kritik dan fitnah tersebut. bhante juga mengajarkan kita bagaimana memberikan kritik kepada anak kita, teman kita serta orang lain agar mereka tidak marah”. [http://blog-fitnah.blogspot.my/2016/08/komunikasi-dan-penyiaran-islam.html : 28/8/2016]

ulasan isi -pandangan agama kristian terhadap fitnah

1)      PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH
“Fitnah lebih kejam dari pembunuhan.Itu adalah suatu istilah yang hampir diketahui semua orang, baik tua atau muda, bahkan siapa saja.Bukan cuma itu.Fitnah memang lebih tajam dari sebilah pedang! Luka yang ditimbulkan oleh tajamnya pedang mungkin masih boleh diubati, tetapi luka yang ditimbulkan oleh tajamnya kata-kata fitnah susah sekali dicari penawarnya. Itulah mengapa orang sering mengatakan bahwa: “fitnah lebih kejam dari pembunuhan”. Dalam teks asli Yunani dalam Alkitab,“fitnah” menggunakan kata “katalalew” biasa merujuk pada segala macam perkataan negatif untuk menentang orang lain, misalnya “menentang pemimpin atau Allah” (Bil.12:8; 21:5, 7), “mengumpat” (Mzm 101:5), “menghina” (Ay 19:3), “mengatakan sebuah dusta” (Hos 7:13), “mengatakan sesuatu yang bisa dianggap kurang ajar” (Mal 3:13) atau “memfitnah/ menuduh” (1Pet 2:12; 3:16).” [http://syurgabukanpercuma.blogspot.my : 3/9/2016]
“Fitnah merupakan penyakit hati disebabkan oleh hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya pada diri sendiri, iri hati dengan orang lain dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Fitnah, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, baik dari kalangan atasan mahupun bawahan atau orang yang terhormat atau orang biasa. Dalam konteks realiti kehidupan, kita dapat melihat konflik yang timbul antara peribadi dengan peribadi, antara keluarga dengan keluarga, antara kumpulan dengan kumpulan, antara suku dengan suku, bahkan di dalam satu kelompok agama sekalipun. Dalam teks asli yunani dalam kitab “fitnah” menggunakan kata “katalew” merujuk kepada semua jenis perkataan negatif untuk menentang orang lain, sebagai contoh “ menentang pemimpin atau Allah” ( Bil.12:8; 21:5, 7), “ mengumput ( Mzm 101:5), “menghina” ( Ay 19:3), “ berkata dusta” ( Hos 7:13), “ bercakap dengan nada yang kurang ajar” ( Mal 3:13) atau “ menfitnah atau menuduh” (1Pet 2:12; 3:16). Rasul iaitu Yaakub berkata: “Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsu yang menguasai dirimu?” (Yak 4:1). Rasul Paulus dalam surat Galatia mentafsirkan ia sebagai “perbuatan daging” atau perselisihan, iri hati, pentingkan diri sendiri, (bdk.Galatia 5:20). Ini semua adalah penyakit manusia sejak zaman Adam. Dalam ayat 11b tindakan itu dianggap sebagai “merosakkan hukum dan menghakiminya? Yang dimaksudkan dengan fitnah disini adalah mencela orang (baik di hadapan mahupun dibelakang orang itu). Nabi Yaakub berkata: “sekiranya kita mencela seseorang kerana hidupnya tidak sesuai mengikut pandangan atau prinsip seperti yang dinyatakan di dalam kitab suci, itu adalah menfitnah”. Jesus pun sangat mencela tindakan menghakimi. Bila kita baca dalam kitab Injil Mat 7:1-5 dengan teliti (terutama ayat 5), jesus memperingatkan kita bahawa menghakimi orang lain adalah dosa di mata Tuhan dan kita tidak boleh menghakimi orang lain sesuka hati. Tindakan yang kita lakukan sewaktu menghakimi orang lain akan digunakan oleh Tuhan untuk menghukum kita. Hal ini disampaikan oleh Yaakub kepada kita. Perhatian kepada pada ayat 5: Jesus menyuruh kita menyingkirkan dulu kayu yang ada di mata kita sebelum membantu orang lain menyingkirkan selumbar di matanya. Jesus memperingati kita, bahawa ketika kita mengecam orang lain dan sekaligus menghakimi dia, padahal di mata kita sendiri terselit sebatang kayu, mustahil untuk kita menolong orang tersebut. Jika kita telah menyingkirkan kayu dari mata kita, barulah kita boleh menyingkirkan selumbar dari mata orang lain. Jesus tidak mengajar kita untuk bersikap tidal peduli pada masalah orang lain kerana hal ini bukanlah semangat “ mengasihani sesame manusia seperti diri sendiri” oleh itu kita perlu berusaha memahami kehendak Tuhan agar kita tahu bagaimana untuk menerapkan nilai – nilai yang telah kita pelajari sesuai dengan kehendak – Nya.” [http://dakwahjunior96.blogspot.my/2016_08_01_archive.html : 28/8/2016]


                                         romawi, sebelum mereka memeluk agama kristian
PUNCA BERLAKUNYA FITNAH
Lazimnya perbuatan  memfitnah berlaku didorong oleh tamak,iri hati dan memetingkan diri.Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. [https://hakakblogger.blogspot.my/2016/09/punca-kesan-fitnah.html : 7/10/2016]
            Selain itu, terlalu melampau dan cuai juga menjadi punca berlakunya fitnah. Kita hendaklah sedar bahawa terlalu melampau dalam kenyataan dan tindakan (ghuluw) dalam agama antara punca terbesar yang membawa kepada fitnah. Seorang ulama berkata: “Hawa yang menguasai dalam agama lebih buruk daripada nafsu yang menguasai dalam syahwat.” (Kitab Amar Ma‘rufi 27). “Jauhi dan berjaga-jagalah Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Jauhi dan berjaga-jagalah kamu daripada melampaui dalam agama, sesunggugnya ia telah memusnahkan mereka yang sebelum kamu kerana perbuatan mereka yang ghuluw dalam urusan agama. Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) Ibn Taimiyah berkata lagi:” Kufur, fasiq dan maksiat punca perpecahan dan permusuhan. Jika seorang lelaki atau sekumpulan manusia telah berbuat dosa, manakala sekumpulan yang lain hanya diam dan tidak mencegah kemungkaran itu, mereka akan turut berdosa. Jika ada sekumpulan lain yang mencegah benda yang dilarang, tetapi dengan cara yang diarang, ia termasuk dalam dosa mereka juga, maka terjadilah perpecahan, ikhtilaf,fitnah dan keburukan. Inilah sebesar-besar finah dan keburukan sama ada sejak dahulu atau sekarang.” (Al-Hisbah fi Al-Islam, hlm. 88). Daripada penjelasan lalu, kita dapati terdapat golongan manusia yang; berada dalam kemungkaran, hanya diam dan membiarkan mereka ini berada dalam kemungkaran, dan mengingkari tetapi mereka mencegah dan mengingkarinya secara keterlaluan, maka mereka akan melampaui batas dan akan berlakulah fitnah.
 Seterusnya, jika bukan kerana Allah dan Rasul. Sekiranya agama itu bukan dikhaskan hanya untuk Allah keseluruhannya, maka akan berlakulah fitnah. Asas agama adalah mencintai, membenci, memberi ketaatan dan bermusuhan kerana Allah. Ibadat juga hanya bagi Allah, memohon perlindungan, takut, berharap, taat, menegah dan menjauhi kerana Allah. Dan ini semua dilaksanakan dengan mengikut contoh Rasulullah s.a.w. yang menyuruh melakukan sesuatu, menegahnya, taat dan bermusuh kerana Allah. Pengikut hawa nafsu yang telah dibutakan dan ditulikan oleh nafsunya tidak akan ada matlamat untuk Allah dan Rasulnya dan dia tidak akan mencarinya lagi. Dia tidak akan meredai sesuatu kerana Allah dan Rasulnya. Dia juga tidak akan membenci kerana Allah dan Rasulnya. Bahkan dia akan puas apabila dapat mencapai apa yang dituntut oleh hawa nafsunya, dan akan marah apabila mendapat apa yang dibenci oleh hawa nafsunya.
[ http://duniamaklumat.com/punca-fitnah-dalam-agama/ : 7/10/2010]



isu semasa fitnah dan fitnah terdahulu

ISU SEMASA (FITNAH)
Isu fitnah yang pertama ialah, wakil rakyat DAP mohon maaf terhadap Presiden Perkasa. Wakil Rakyat DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz  hari ini memohon maaf kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi blognya pada September 2015.
Fitnah yang dibuat beliau terhadap Datuk Ibrahim itu berkaitan projek pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan ( LRT) yang dimiliki syarikat George Kent menerusi blognya Sakmongkol AK47 pada 27 September 2015.Permohonan maaf itu dibacakan di hadapan Hakim See Mee Chun di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari itu
[http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fitnah-wakil-rakyat-dap-mohon-maaf-terhadap-presiden-perkasa-111448: 5/10/2016]

Seterusnya, Fitnah kedua, kata Fathul Bari apabila menularnya fahaman liberalisme dan pluralisme ke negara ini hasil daripada gerakan pihak Barat.Hakikatnya beliau berkata, kejayaan mereka membawa masuk fahaman songsang itu ke negara ini adalah hasil daripada agenda terancang pihak-pihak tertentu."Ini juga adalah antara fitnah terbesar yang berlaku di Malaysia. Fitnah ini juga melibatkan soal akidah umat Islam. Mereka menggunakan hak kebebasan untuk mempengaruhi umat Islam sedangkan jelas fahaman ini bertentangan dengan Islam."Akibat daripada penularan fahaman liberalisme dan pluralisme lahir pula lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang juga merupakan satu fitnah yang wajib dihindari oleh umat Islam. Yang pasti agenda mereka cukup tersusun,'' katanya. Dengan kata lebih mudah, beliau berkata dari segi uruf, penggunaan kalimah Allah di Malaysia hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan bukannya untuk penganut-penganut agama lain. Di samping itu, wujudnya kelompok orang Islam yang sanggup menggadaikan prinsip agama demi kepentingan politik. Beliau berkata, keadaan itu merupakan satu musibah dan fitnah yang wajib ditentang kerana agama tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya kepentingan politik merupakan segala-galanya.''Sepatutnya isu kalimah Allah yang sengaja dicetuskan baru-baru ini mampu menyatukan semua umat Islam di Malaysia sekali gus bersama-sama mempertahankan kalimah tauhid yang suci ini,'' katanya.Bagaimanapun beliau berkata, impian itu tidak menjadi kenyataan atas sebab desakan politik.Beliau berkata, semua pihak harus menjadikan Perjanjian Granada antara kerajaan Islam dan kerajaan Kristian yang dimeterai pada tahun 1491 dijadikan pengajaran.Dua bulan selepas termeterainya perjanjian itu pemerintah Islam, Abu 'Abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.''Ketika dimeterai perjanjian itu orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi masjid. Kesimpulannya, tiga fitnah besar yang melanda umat Islam di negara ini mampu diatasi sekiranya semua umat Islam di negara ini bersatu dengan diikat atas nama akidah Islam.Itu juga kata Fathul Baru menjadi tuntutan Allah dan Rasul-Nya seperti mana banyak disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis.[http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130110/re_05/Tiga-fitnah-besar-melanda-Malaysi:5/10/2016]

cara-cara untuk mengatasi fitnah yang semakin berleluasa

CARA MENGATASI FITNAH
Isu fitnah kian menular dalam kalangan masyarakat dan perlu diatasi segera memandangkan impaknya terhadap individu, masyarakat dan negara amat besar sehingga mampu meruntuhkan sesebuah institusi sama ada institusi kekeluargaan mahupun institusi kerajaan. Oleh yang demikian, langkah-langkah bijak harus diambil walaupun untuk menghapuskan masalah fitnah itu amat sukar, sekurang-kurangnya, masalah tersebut dapat dikurangkan. [http://annajahummah.blogspot.my/ : 7/10/2016]
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi fitnah ialah kita harus mempersiapkan diri untuk tetap tegar dan sabar menghadapi situasi apapun dan bagaimanapun. Baik senang atau susah. Jika kita difitnah dan dizalimi. Maka sebenarnya itu baik buat kita. Allah sayang terhadap kita. Kerana hakikatnya kalau kita difitnah dan dizhalimi, maka keburukan kita akan diberikan kepada yang memfitnah dan menzalimi kita. Sebaliknya kebaikan orang yang memfitnah akan diberikan kepada kita. Jika kita tahu akan hal ini. Hati kita akan tenang. Ternyata orang yang memfitnah dan menzalimi itu adalah orang-orang yang merugi dan menghancurkan diri mereka sendiri. Selain itu, Yakin Allah yang akan membalas Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Tidak ada satu ataupun yang lepas dari pantauannya. Tidak ada satu kejahatanpun yang tidak akan dibalas. Jika kita difitnah oleh orang lain dan dizalimi zahir dan batin. Pasrahkan kepada Allah. Jangan gelapkan hati dan jiwa kita untuk balas dendam. Ikhlaskan semuanya kepada Allah SWT. Allah yang akan membalasnya dengan seksa yang pedih. Alam semesta juga akan membalas kejahatan orang tersebut. Kerana alam semesta adalah tentera Allah yang sangat setia kepada perintah-Nya. Maka Bersabarlah dan pasrahkan kepada Allah  SWT. [http://lenteradankehidupan.blogspot.my/2012/09/5-solusi-menghadapi-fitnah-dan-zhalim.html : 5/10/2016]
Seterusnya,  meminta bantuan kepada ahli ilmu, kebajikan, dan kebaikan, agar mendapatkan pertolongan sehingga terselamat dari ujian dan fitnah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qs. Al Maa`idah [5]: 2) Rasulullah Shallallahu Alaih wa Sallam bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kecintaan mereka, kasih sayang dan simpati mereka adalah bagaikan satu tubuh, jika satu anggota tubuh merasakan sakit, maka anggota tubuh yang lainnya juga akan merasakannya, sehingga tidak bisa tidur dan merasa demam.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Di samping itu, kita juga hendaklah tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan memanjatkan doa yang murni agar terhindar dari kesempitan dan kesulitan, hilangnya bahaya dan keburukan, terangkatnya cubaan, dan menambah pahala. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).” (Qs. An-Naml [27]: 62) dan sabda Nabi Shallallahu Alaih wa Sallam, “Doa bermanfaat untuk musibah yang telah turun dan yang belum turun. Maka kalian harus berdoa wahai hamba Allah.” (HR. At-Tirmidzi) Sebagaimana beliau telah mewasiatkan doa berikut ini jika sedang tertimpa musibah, “(Bismillaahirrahmaanirrahiim, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaahil ‘azhiim). Dengan doa ini Allah akan menghilangkan apa yang Dia kehendaki dari berbagai macam musibah.” (HR. Ibnu As-Sunni)
[https://badruzzaman4.wordpress.com/2014/09/17/sikap-orang-mukmin-dalam-menghadapi-fitnah/:5/10/2016]
Hanya Allah-lah Satu satunya Penolong dan Pelindung Sesungguhnya tidak akan terjadi sesuatu kecuali dengan izin Allah Swt. Baik berupa musibah maupun nikmat. Walaupun bergabung jin dan manusia seluruhnya untuk mencelakakan kita, demi Allah tidak akan jatuh satu helai rambut pun tanpa izin-Nya. Begitu pun sebaliknya, walaupun bergabung jin dan manusia menjanjikan akan menolong atau memberi sesuatu, tidak pernah akan datang satu sen pun tanpa izin-Nya. Mati-matian kita ikhtiar dan meminta bantuan siapapun, tanpa izin-Nya tak akan pernah terjadi yang kita harapkan. Maka, sebodoh-bodoh kita adalah orang yang paling berharap dan takut kepada selain Allah SWT.
[https://idid.facebook.com/IslamJalanHidupkuIlmuTausiah/posts/382814025167996:5/10/2016]

kesimpulan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan diri seseorang itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah hanyalah satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti sewenangnya. Hakikatnya dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa besar dan dosa  sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Fitnah tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam, jika masalah ini masih berleluasa dalam masyarakat ia akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan. Terdapat banyak usaha yang telah dijalankan oleh musuh-musuh Islam (kafir) untuk memberi kesesatan di dalam kalangan umat Islam. Paling menyedihkan ialah segelintir umat Islam yang merelakan diri mereka sendiri untuk diperalatkan sama ada secara sedar ataupun tidak oleh manusia yang mempunyai niat tidak baik terhadap agama Islam. Golongan ini telah melancarkan kempen melalui internet dan media massa bagi mewujudkan Islam versi baru yang kononnya bersifat maju, progresif dan moden, sedangkan ia hanyalah Islam yang menurut hawa nafsu golongan yang telah dirasuk syaitan. Imam Malik pernah berkata, “Tidak akan menjadi baiknya suatu kaum melainkan dengan apa yang menjadi baiknya umat terdahulu". [http://dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html: 28/8/2016]
Oleh itu, kami menyarankan supaya setiap Muslim menjauhkan diri daripada perbuatan terkutuk itu. Untuk menjauhkan diri daripada semua bentuk fitnah dunia ini, maka kita harus senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan memohon perlindungan berlindung dari keburukan fitnah dunia. Disamping itu kita harus mengukuhkan pemahaman kita tentang hakikat dunia, risalah manusia dan keyakinan tentang hisab dan hari akhirat. [http://mak-andak.blogspot.my/2012/10/fitnah-itu-lebih-kejam-dari-membunuh.html : 28/8/2016]

            Kita haruslah berhati-hati terhadap fitnah dan juga orang yang suka menfitnah . Kerana mereka tergolong dalam kalangan orang yang munafik, kufur nikmat dan berpontesi menjadi pengkhianat. [http://susmiyulianasari.blogspot.my/2014/02/fitnah.html:28/8/2016]

                          saranan sebagai seorang pelajar terhadap isu fitnah

  1. Sebagai seorang pelajar kita hendaklah Selalu berbuat baik kepada siapapun. Kebaikan hati adalah benteng pertama agar anda terhindar dari fitnah.
  2. selain itu kita sebagai pelajar juga hendaklah Membangun citra yang baik dimata masyarakat. Nama baik adalah benteng paling tangguh yang akan menahan fitnah yang hendak ditujukan kepada anda.

rujukan melalui buku dan al-quran

1)      Buku
Maizuki Sepiaail (2016), Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Oxford Fajar Sdn.Bhd





   Al-Quran
Surah al-Baqarah, ayat 191
Surah al-Qalam, ayat 29
Surah Al-Baqarah: ayat 193
Surah Al-Ahzab: ayat 14
Surah al-Hujurat, ayat 6
Al-Hisbah fi Al-Islam, hlm. 88

Al Maa`idah [5]: 2

rujukan yang kami perolehi melalui internet

RUJUKAN
1)      Internet

Lampiran lampiran, gambar-gambar yang berkaitan dengan fitnah