KESIMPULAN
Kesimpulannya, Fitnah
biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa
sama, perbuatan itu dapat menonjolkan diri seseorang itu sebagai lebih baik dan
lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Mungkin ramai menyangka
perbuatan menyebarkan berita fitnah hanyalah satu kesalahan kecil. Sebab itu,
perbuatan seumpamanya dilakukan seperti sewenangnya. Hakikatnya dosa membuat
fitnah digolongkan sebagai dosa besar dan dosa sesama manusia.
Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah
itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Fitnah
tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam, jika masalah ini masih
berleluasa dalam masyarakat ia akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan.
Terdapat banyak usaha yang telah dijalankan oleh musuh-musuh Islam (kafir)
untuk memberi kesesatan di dalam kalangan umat Islam. Paling menyedihkan ialah
segelintir umat Islam yang merelakan diri mereka sendiri untuk diperalatkan
sama ada secara sedar ataupun tidak oleh manusia yang mempunyai niat tidak baik
terhadap agama Islam. Golongan ini telah melancarkan kempen melalui internet
dan media massa bagi mewujudkan Islam versi baru yang kononnya bersifat maju,
progresif dan moden, sedangkan ia hanyalah Islam yang menurut hawa nafsu
golongan yang telah dirasuk syaitan. Imam Malik pernah berkata, “Tidak
akan menjadi baiknya suatu kaum melainkan dengan apa yang menjadi baiknya umat
terdahulu". [http://dibgirls14.blogspot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html:
28/8/2016]
Oleh itu, kami menyarankan supaya setiap Muslim menjauhkan diri
daripada perbuatan terkutuk itu. Untuk menjauhkan diri daripada semua
bentuk fitnah dunia ini, maka kita harus senantiasa mendekatkan diri kepada
Allah dan memohon perlindungan berlindung dari keburukan fitnah dunia. Disamping
itu kita harus mengukuhkan pemahaman kita tentang hakikat dunia, risalah
manusia dan keyakinan tentang hisab dan hari akhirat. [http://mak-andak.blogspot.my/2012/10/fitnah-itu-lebih-kejam-dari-membunuh.html
: 28/8/2016]
Kita haruslah berhati-hati terhadap fitnah dan juga
orang yang suka menfitnah . Kerana mereka tergolong dalam kalangan orang yang
munafik, kufur nikmat dan berpontesi menjadi
pengkhianat. [http://susmiyulianasari.blogspot.my/2014/02/fitnah.html:28/8/2016]
saranan sebagai seorang pelajar terhadap isu fitnah
saranan sebagai seorang pelajar terhadap isu fitnah
- Sebagai seorang pelajar kita hendaklah Selalu berbuat baik kepada siapapun. Kebaikan hati adalah benteng pertama agar anda terhindar dari fitnah.
- selain itu kita sebagai pelajar juga hendaklah Membangun citra yang baik dimata masyarakat. Nama baik adalah benteng paling tangguh yang akan menahan fitnah yang hendak ditujukan kepada anda.
sepatutnya kesimpulan tidak di ambil dari mana-mana rujukan lain. ianya adalah hasil pemahaman anda
ReplyDelete